Change Language

Monday, 1 August 2011

try la tuk buka pose!

resepi puding biskut harimau malaya:
bahan:

1 paket agar2 serbuk jenama nona 8 gm
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar mentega
2 biji telur
1/2 cawan gula/ikut manis masing2
100 gm biskut tiger dimesin halus
1 sudu besar tepung kastard

caranya:

1. campurkan 2 1/2 cawan air dgn agar2 serbuk kacau sebati. panaskan sehingga mendidih dan masuk gula masak sehingga gula hancur.

2. campurkan susu pekat, susu cair, tepung kastard, serbuk biskut tiger, dan telur ke dalam bekas, kacau sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ke dalam agar2 tadi terus di kacau sehingga mendidih seketika dan padamkan api.

3. adunan ini agak pekat tetapi mudah dituangkan ke dalam acuan2 kecil. sejukan baru dikeluarkan dari acuan. acuan hendaklah dibasahkan dahulu. semasa tuang adunan hendaklah dihentak2 supaya memenuhi semua bahagian.