Change Language

Sunday, 27 March 2011

Tutor meng-advance kan blog

TUTOR : 1

cara letak scroll pada posting

Dalam artikel sebelum ini juga ada berkaitan dengan scroll dimana ia diletakkan pada widget disidebar.Scroll ini hanya muncul secara automatik bila ketinggian kandungan melebihi ukuran yang ditetapkan.Scroll juga boleh diletakkan pada keseluruhanposting   atau  sebahagian teks sahaja pada posting yang dikehendakki.
scroll pada posting

Bagi meletakkan pada keseluruhan posting

cari kod .post { pada template dan tambahkan kod merah seperti bawah

.post {
height:180px;
overflow:auto;

meletak scroll pada teks tertentu sahaja pada posting

masukkan kod berikut pada template

.scrollbox {
height:110px;
width:420px;
overflow:auto;

letakkan diatas kod ]]></b:skin>

Semasa membuat posting dan pada mode edit html masukkan kod dibawah

teks yang ingin dipaparkan dalam bentuk scroll

Cara pasang menu scroll pada blog

Memasang scroll bar pada blog tujuannya yang utama adalah bagi menjimat kan ruangan.Cara membuat nya amat mudah dengan hanya  mengikut langkah dibawah ini.

1.Masuk ke dashboard,kemudian pilih design-->>Page elements
2.Kemudian pilih add gadget--->>HTML/JAVASCRIPT
Masukkan kod berikut:

masukkan teks atau apa apa kod yang hendak dipaparkan disini atau

Saiz kotak scroll boleh ditukar pada width(lebar)dan height)tinggi.

Memasang scroll bar pada blog tujuannya yang utama adalah bagi menjimat kan ruangan.Cara membuat nya amat mudah dengan hanya  mengikut langkah dibawah ini.

Untuk membuat menu scroll :

kod nya adalah seperti dibawah ini :

Cara membuat blog

masukkan link seterusnya....

Jika hendak letakkan nombor dihadapan senarai gantikan ul  kepada ol
ul akan memaparkan bullet dihadapan

Kod warna oren untuk kod scroll
Kod warna hijau adalah link artikel dan warna biru tajuk artikel yang hendak paparkan
Scroll akan muncul bila kandungan pada list melebihi ketinggian yang diletakkan pada kod(overflow:auto).Jadi ubahkan ketinggian pada height.

3.kemudian save untuk melihat hasilnya

TUTOR : 2

cara letak border,background dan scroll pada widget

widget borderDalam artikel cara letak border pada widget sebelum ini terdapat masaalah dimana border ini juga mengelilingi  pada tajuk widget.Ia  hanya sesuai digunakan pada widget widget tertentu sahaja(yang tidak memerlukan tajuk widget).Bila terjadi begini nampak janggal terutamanya pada yang telah menghias tajuk widget dengan begitu cantik,tapi border pula berada disampingnya. Selain dari border,background dan scroll juga dimasukkan sekali pada kod ini.Jadi untuk artikel kali ini saya akan tunjukkan cara bagi mengatasinya:

Sebagai contoh untuk tutorial ini saya pilih widget Archives:

Masuk ke design-pilih edit html--klik pada expand template widget
kemudian gunakan fungsi carian Ctrl+F dan taipkan perkataan archive

cari

tekan butang next sehingga jumpa kod seperti ini:

<b:widget id='BlogArchive1' locked='false' title='Blog Archive' type='BlogArchive'>

letakkan setelah kod:

dan sesetengah widget seperti ini

kemudian letakkan kod ini dibawahnya:

kemudian scroll perlahan lahan lagi kebawah hingga jumpa kod

<b:include name='quickedit'/>

dan letakkan kod dibawah ini  selepasnya:

kalau nak letak background gantikan url imej pada teks berwarna merah.Ubahkan lebar dan tinggi yang bersesuaian pada teks berwarna hijau.
kemudian preview dan save template .

Saya juga telah cuba untuk widget bloglist ,categories dan berhasil.Untuk widget yang lain rasanya tiada masaalah.Untuk widget lain cuma kenal pasti tajuk widget dan cari kod pada template seperti contoh yang diatas

Contoh kod yang dibuat untuk widget bloglist:

widget
klik untuk besarkan gambar

TUTOR : 3

cara letak scroll pada posting

Dalam artikel sebelum ini juga ada berkaitan dengan scroll dimana ia diletakkan pada widget disidebar.Scroll ini hanya muncul secara automatik bila ketinggian kandungan melebihi ukuran yang ditetapkan.Scroll juga boleh diletakkan pada keseluruhanposting   atau  sebahagian teks sahaja pada posting yang dikehendakki.
scroll pada posting

Bagi meletakkan pada keseluruhan posting

cari kod .post { pada template dan tambahkan kod merah seperti bawah

.post {
height:180px;
overflow:auto;

meletak scroll pada teks tertentu sahaja pada posting

masukkan kod berikut pada template

.scrollbox {
height:110px;
width:420px;
overflow:auto;

letakkan diatas kod ]]></b:skin>

Semasa membuat posting dan pada mode edit html masukkan kod dibawah

teks yang ingin dipaparkan dalam bentuk scroll

TUTOR : 4

cara letak scroll pada widget

Penggunaan scroll pada widget  adalah  dengan tujuan supaya senarai yang dipaparkan akan lebih kemas dan tidak menggunakan ruang yang banyak.contohnya widget labels dan archives akan jadi memanjang kebawah bila sudah terdapat banyak posting.bagaimana pun bagi widget Archives pula terdapat pilihan bagi memaparkan secara dropdown menu bagi menjimatkan ruangan.Bagi tutorial ini saya terangkan cara bagaimana untuk meletakkan scroll pada labels.

Untuk meletakkan scroll pada label,terlebih dahulu dapatkan widget id:

Caranya masuk ke design-edit html --..gunakan ctrl+f  untuk memudahkan pencarian taipkanLabels (tajuk widget pada sidebar). kemudian muncul kod seperti dibawah

<b:widget id='Label1' locked='false' title='Labels' type='Label'/> (title disini adalah tajuk widget yg kita letak pada sidebar)

widget id bagi labels ialah Label1

salin kod dibawah
#Label1{
height:180px;
overflow:auto;

dan letakkan diatas kod
]]></b:template-skin>
Bagi widget lain cuma perlu tukar pada widget id sahaja pada kod diatas.Jika scroll tidak muncul adalah disebabkan senarai tersebut adalah pendek dan kod diatas diletakkan height1 80px jadi akan muncul hanya setelah mencapai ketinggian 180px atau ubah sahaja ketinggian tersebut.

TUTOR : 5

Cara membuat scrolling bloglist pada blog

Scrolling bloglist ini  adalah seperti mana terdapat pada sidebar blog ini.Mempunyai butang untuk memasukkan link ,memaparkan hanya senarai blog, mengikut update dan tidak menggunakan banyak ruangan .Kebanyakan blog list yang ada adalah panjang jadi dengan menggunakan cara ini adalah lebih mudah untuk menguruskan kannya.

Untuk membuatnya:
Mula mula masukkan bloglist dahulu.
Pada design pilih --page elements-add a gadget--bloglist

Backup template terlebih dahulu
kemudian :
masuk ke design—edit html-expand template widget
Kemudian cari kod yg dibawah,yg bertanda dengan warna merah  adalah berbeza mengikut tajuk yg diberi pada widget.
<b:widget id='BlogList1' locked='false' title='Blog List' type='BlogList'>
<b:includable id='main'>

<b:if cond='data:title'>
<data:title/>
</b:if>

<b:loop values='data:links' var='link'>

<data:link.name/>

</b:loop>

<b:include name='quickedit'/>

</b:includable>
</b:widget>

Kemudian tambahkan kod berwarna hijau seperti dibawah ini.

<b:widget id='LinkList1' locked='false' title='Blog Roll' type='LinkList'>
<b:includable id='main'>

<b:if cond='data:title'>
<data:title/>
</b:if>

<b:loop values='data:links' var='link'>

<data:link.name/>

</b:loop>

<b:include name='quickedit'/>

</b:includable>
</b:widget>

Kemudian save template

#Lebar dan tinggi widget boleh diubah pada bahagian teks warna oren.
Kemudian save template

Dipetik dari blog : http://teknikbuatblog.blogspot.com/

Choclate Moist cake

Bahan2 untuk cake:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp vanilla essence
secubit garam
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air panas

Bahan2 untuk TOPPING:

6 tablespoons cocoa powder
6 tablespoons sugar
3/4 cup fresh milk
1 teaspoon vanilla essence
2 teaspoons corn flour
sedikit CHEWS NUT

Cara2 Membuatnya:

1. Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, dan garam(1)
2. Pukul gula, telur,susu,minyak dan vanilla essence.(2)
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk dlm loyang.
6. Bakar dlm oven 180'C selama 45-50 minit.

Untuk Topping:

1. Campurkan semua bahan2 untuk topping dan panaskan di atas dapur.
2. Kacau sehingga pekat.
3. Sejukkan dahulu before sapu atas cake.

P/s: Kalau nak moist..better cake ni simpan semalaman......

Saturday, 26 March 2011

cheery cheese cake - fity punya air tangan

hari ni mencuba buat cheese cake..pergh...asikkk

di bawah ni, aku selitkan resepi...weellll...slamat mncoba

BAHAN A

250 gm biskut mudah hadam
125 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh COKLAT EMULCO

BAHAN B

200 ml krim putar (whipping cream) UHT
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

BAHAN C

15 gm gelatin
100 ml air - sejukkan selama 5 min
(campurkan air dan gelatin atas double boiler dan biarkan sejuk)

BAHAN D

1 tin pitted black cherries

TOPPING

150 ml jus ceri
1 sudu besar tepung jagung

CARA MEMBUATNYA

Timbang biskut dan kemudian hancurkan sehingga menjadi serbuk. sediakan loyang
dan masukkan biskut. tenyeh2 biskut supaya melekat

Cairkan mentega dan masukkan 1 sudu coklat emulco dan kacau rata

Tuangkan mentega bersama campuran coklat ke dalam loyang biskut tadi...
tenyehkan lagi biar padat

Tekan adunan hingga menjadi rata...kemdian sejukkan agar jadi keras

pukul krim putar sehingga pekat dan ketepikan

Pukul krim keju bersama gula dan jus lemon sehingga sebati..
setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi hingga sebati

kemudian tuangkan krim putar ke dlam krim keju td dan gaul rata

keluarkan adunan biskut dari peti ais 1/3 adunan ke atas adunan biskut
dan taburkan ceri, dan kemudian masukkan separuh adunan sehingga habis..selepas itu,
taburkan ceri di atasnya

buat topping dengan mencampurkan jus ceri dan tepung jagung..masak atas api sedrhana

tuangkan jus ceri ke atas adunan hingga habis dan sejukkan dalam peti ais selama 3 jam...

dah pown siapppp

SELAMAT MENCOBAA YAA

Thursday, 24 March 2011

Lodeh..oh Lodeh

Jom makan lodeh...

try resepi ni....

Resepi 1

ahan-bahan

• Kacang Panjang - 10 batang
• Lobak - 1 batang
• Tempe - 1 papan
• Cili Merah - 2 biji
• Bawang Besar - 1 biji
• Bawang Putih - 3 ulas
• Santan - 1 peket
• Garam dan penambah perasa secukupnya

Cara-cara

1. Bancuh 1 peket santan dengan 2 cawan air didalam periuk. Panaskan diatas api dapur.
2. Masukkan bawang merah dan putih yang telah dimayang halus kedalam santan. Kemudian masukkan pula kacang panjang, lobak, tempe dan cili merah.
3. Sentiasa kacau sayur supaya santan tidak berketul. Masukkan garam dan penambah perasa. Kacau beberapa minit hingga masak.

Tuesday, 22 March 2011

ANGKA, AL-QUR’AN DAN ALAM SEMESTA

Archive for May, 2010

WAJAH hasil gabungan 8 WAJAH lelaki dan wanita. Bagaimanakah manusia menilai WAJAH yang cantik?

ANGKA, AL-QUR’AN DAN ALAM SEMESTA
Pernah saya bertanya kepada ustaz mentor saya mengenai berapakah bilangan huruf Surah Al-Fatihah. Kira-kira sebulan setelah itu, beliau membawa 7 kitab untuk menjawabnya. Kitab pertama dibukanya, penerangan bahawa (menurut kitab muktabar Tuhfah) bilangan huruf Al-Fatihah ialah 141 ‘secara kebetulan’ berada di Muka 141 kitab tersebut.
Sudah banyak kali fenomena seperti itu saya alami. Mungkin anda juga telah mengalaminya. Saya menyedarinya kerana saya telah mengkaji Al-Qur’an (khususnya Al-Fatihah) sejak tahun 1993. Anda bolehlah membaca kisah-kisah ini dalam siri-siri yang awal jika anda berminat.
Saya telah membuat satu kesimpulan peribadi hasil mengalami sendiri fenomena-fenomena ‘selaras’ tersebut: Al-Qur’an mengandungi rahsia semua kejadian seluruh alam semesta. Anda boleh menyedari (hakikat) ini secara permukaan (on the surface) mahupun secara mendalam (in depth), bergantung kepada sejauh mana anda telah berusaha untuk tergolong sebagai Ulil Albab (orang-orang yang sentiasa ingat kepada Allah SWT, yang hidup fikirannya, atau orang yang mengkaji lantas diberiNya nampak dan diberiNya faham). Perhatikan maksud ayat ini:
“Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Ulil Albab), (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” (Surah Ali ‘Imran 3:189-191)
Saya tidak anggap bahawa saya sudah mencapai tahap itu (Ulil Albab). Seperti sebahagian anda juga, saya sedang berusaha untuk mencapai tahap itu. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan jalanNya untuk kita. Sila baca seterusnya:
ANGKA 1.618 dianggap oleh pakar-pakar matematik sebagai FORMULA NISBAH susunan fizikal semua makhluk di alam semesta. Mereka anggap NISBAH 1.618 adalah BUKTI kewujudan Pencipta alam ini (Allah SWT).
ANGKA 1.618 MENAKJUBKAN PARA PENGKAJI
Perhatikan sekeliling anda dan pada tubuh anda sendiri. Lihat pada jari-jari tangan. Ahli-ahli matematik telah mengkaji dan mendapati bahawa ruas-ruas tulang jari itu mempunyai NISBAH 1.618 dari segi panjang pendek antara satu dengan yang lain. Begitu juga peha, betis, bahagian atas tubuh, bahagian bawah tubuh, jarak-jarak di bahagian muka dan kepala dan sebagainya. Semua itu mempunyai NISBAH 1.618. Kita tidak perasan mengenai hal itu kerana kita tidak mengkajinya dan tidak pula mengukurnya.
Dari sudut sejarah, para pemikir dari golongan ahli matematik mahupun ahli agama (theologian) telah merenung perkaitan misteri antara angka-angka dan sifat alami (nature) alam nyata (reality). Dalam buku The Golden Ratio: The Story of Phi, the World’s Most Astonishng Number, Mario Livio (seorang pakar astrofizik) mencatat mengenai angka yang jadi JANTUNG misteri itu, iaitu phi atau 1.6180339887. Kaitan matematik misteri ini, yang dikenali secara meluas sebagai “The Golden Ratio” telah ditemui oleh Euclid lebih dari 2,000 tahun lampau. Selepas itu phi ini ditemui di berbagai tempat dan sudut di alam ini, dari cengkerang siput, membawa ke kelopak bunga, hinggalah ke bentuk galaksi.
Apa yang manusia istilahkan sebagai CANTIK dan BENTUK YANG SEMPURNA didapati mempunyai NISBAH 1.618 di sebaliknya. Ia telah juga dikaji oleh ahli-ahli psikologi, iaitu dari segi sejauh manakah NISBAH 1.618 itu secara estetiknya menarik, atau ‘menyejukkan mata yang memandang’.
Para pengkaji percaya bahawa NISBAH 1.618 telah digunakan oleh Leonardo da Vinci bila melukis Mona Lisa, oleh Salvador Dali bila melukis The Sacrament of the Last Supper. Para penyair dan pencipta lagu juga telah menggunakannya dalam penghasilan karya mereka. Mereka juga percaya bahawa Piramid dan Parthenon telah dibina menggunakan NISBAH 1.618.
Maka apa yang disebut sebagai “The Golden Ratio1.618 ini telah memaparkan bukti-bukti menakjubkan dalam bidang seni, senibina, botani, biologi, fizik dan tentunya matematik. Johannes Kepler seorang pakar astronomi menganggap NISBAH 1.618 sebagai khazanah terbesar dalam geometri. Leonardo Fibonacci seorang pakar matematik juga telah mengkaji NISBAH 1.618, begitu juga Goethe, Cezanne, Bartok, dan Roger Penrose seorang pakar fizik. Mario Livio (yang dicatat di atas tadi) menyatakan bahawa NISBAH 1.618 ini membuktikan bahawa penyusunan yang sempurna, kecantikan dan misteri tanpa penghujung (maksudnya NISBAH 1.618) akan sentiasa wujud bersama. (Rujukan: en.wikipedia.org, www.citeulike.org dan lain-lain.)
IMEJ 1
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah Yusuf 12:22)
WAJAH YANG CANTIK DAN TAMPAN
Antara perkembangan terbaru NISBAH 1.618 ialah pendapat Dr. Stephen Marquardt, seorang pakar bedah plastik. Beliau menyatakan (saya tulis dalam bahasa saya sendiri) bahawa WAJAH yang cantik itu mempunyai NISBAH 1.618 di sekitar WAJAH tersebut. Beliau juga telah membangunkan TOPENG (mask) yang menjadi kayu pengukur NISBAH 1.618 pada WAJAH yang mahu dikaji.
Walaupun begitu, sebahagian sarjana lain mempertikaikan pendapat Dr. Marquardt kerana beberapa sebab. Sila baca petikan berikut:
Dr. Stephen Marquardt claims that the golden ratio can be applied to the human face. He has created a mask that one can place over the human face. Apparently, the closer one fit’s the mask, the more beautiful ones face is. Once you apply the mask to your face, Dr. Marquardt believes that one can change ones face either with make-up or cosmetic surgery to become more beautiful… Dr. Marquardt misuses the math, and for what? Plastic surgery. Phi cannot tell you how beautiful you are or if you have the correct proportions because there is no such thing. It is closely related to nature, so we may in the future find evidence of Phi in the human body, but at time there is not sufficient evidence to confirm that there is a relation. (serendip.brynmawr.edu)
Dalam artikel ini saya tidak menyebelah mana-mana pihak. Yang JELAS pada kita ialah hakikat bahawa NISBAH 1.618 atau “The Golden Ratio” ini menjadi semakin popular di kalangan para pengkaji di zaman kita ini. Kerana itu, saya sebagai pengkaji FENOMENA BERULANG dan SERUPA-SERUPA dalam Al-Qur’an telah memperhatikan NISBAH 1.618 ini dalam konteks Al-Qur’an.
Hasil soalselidik yang dilakukan oleh Barat, WAJAH ini dianggap oleh kaum lelaki dimiliki oleh wanita yang punya ciri kewanitaan dan subur. Mungkin ada sarjana yang akan mengkaji kaitannya dengan NISBAH 1.618. Wallahua’lam.
KRONOLOGI 1618 SURAH YUSUF 12:22
Saya telah melakukan agak banyak kajian Al-Qur’an berkaitan NISBAH 1.618 ini. Ianya terlalu banyak jika mahu saya muatkan dalam satu artikel. Jadi pada kali ini saya akan dedahkan mengenai KRONOLOGI 1618 dalam Al-Qur’an. KRONOLOGI 1618 adalah bilangan yang SERUPA dengan Angka NISBAH 1.618 dalam konteks 4 digit (maknanya 1.6180339887 x 1000).
Lihat IMEJ 1. Ianya jatuh pada Surah Yusuf 12:22. Maksud Ayat itu ialah: “Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Yusuf 12:22)
Kita perhatikan dahulu mengenai Nabi Yusuf AS:

NABI YUSUF PUNYA WAJAH CANTIK

Ini satu FENOMENA yang menarik. Tahukah anda siapa Nabi Yusuf? WAJAH Nabi Yusuf AS adalah amat cantik sehinggakan Zulaikha (isteri Al-Aziz) jatuh hati padanya dan ingin menggodanya. Ada catatan-catatan yang menyebut bahawa Nabi Yusuf AS adalah manusia yang paling cantik di antara semua manusia ciptaan Allah SWT. Ada juga yang menyatakan bahawa 100% kecantikan manusia dikurniakanNya kepada Nabi Yusuf AS, sementara 50% dari kecantikan itu dikurniakanNya kepada manusia lain.
Untuk memahami kisah kecantikan Nabi Yusuf AS, berikut saya salinkan mafhum firman Allah SAW mengenainya, bermula dari KRONOLOGI 1618:
KRONOLOGI 1618 Yusuf 12:22: Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
KRONOLOGI 1619 Yusuf 12:23. Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: ‘Marilah ke mari, aku bersedia untukmu’. Yusuf menjawab: ‘Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu), sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya’.
Ini adalah WAJAH yang didakwa sebagai hasil gabungan 1400 potret WAJAH penduduk Sydney. Adakah GABUNGAN bentuk WAJAH semakin ramai lelaki dan wanita sejak zaman Adam AS akan mendekati (mirip) WAJAH Nabi Adam AS? Wallahua’lam.
KRONOLOGI 1620 Yusuf 12:24. Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.
KRONOLOGI 1621 Yusuf 12:25. Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang, lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya’.
KRONOLOGI 1622 Yusuf 12:26. Yusuf pula berkata: ‘Dialah yang memujukku berkehendakkan dirinya’. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:’ ‘Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
KRONOLOGI 1623 Yusuf 12:27. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar’.
KRONOLOGI 1624 Yusuf 12:28. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: ‘Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan, sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
KRONOLOGI 1625 Yusuf 12:29. Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!’
KRONOLOGI 1626 Yusuf 12:30. Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya, sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.’
WAJAH hasil gabungan (morphing) 7 WAJAH wanita menggunakan perisian khas. Adakah 1.6 bilion manusia hari ini punya SATU WAJAH yang CANTIK sebagai ‘TRADEMARK’ kepada makhluk yang bernama manusia?
KRONOLOGI 1627 Yusuf 12:31. Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberikan kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): ‘Keluarlah di hadapan mereka’. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: ‘Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!’
KRONOLOGI 1628 Yusuf 12:32. (Zulaikha) berkata: ‘Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya, dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.’
KRONOLOGI 1629 Yusuf 12:33. Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: ‘Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya’.
KRONOLOGI 1630 Yusuf 12:34. Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka, sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
KRONOLOGI 1631 Yusuf 12:35. Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.
Nabi Adam AS juga dikatakan punya WAJAH yang cantik, begitu juga Hawa isterinya. Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim AS juga dikatakan punya WAJAH yang cantik. Dari Ibrahim AS dan Siti Sarah lahir Nabi Ishaq, kemudian anaknya ialah Nabi Yaakub, dan anak Nabi Yaakub ialah Nabi Yusuf AS, Bunyamin dan 10 lagi yang mana keturunan inilah yang digelar Bani Israel. Anak-anak Nabi Yaakub diberitakan punya WAJAH yang cantik-cantik.
Apakah antara HIKMAH yang kita pelajari dari isu WAJAH yang cantik ini? Pada hemat saya, HIKMAH terbesar ialah bahawa kecantikan itu merupakan antara ujian dari Allah SWT. Ramai orang, sama ada lelaki mahupun wanita yang punya WAJAH dan tubuh cantik telah hanyut dan gagal ujian ini, lantas mendedahkan aurat (kerana megah pada kecantikan itu) dan ada pula yang mana kecantikan itu membawanya kepada berzina (na’uzubillah). Jika anda perhatikan dalam dunia selebriti, bintang-bintang filem Hollywood yang tampan dan cantik itu kebanyakannya adalah Yahudi, dan dari keturunan Nabi Yaakub AS (maksudnya dari adik-beradik Nabi Yusuf AS). Kalau kita kaji kehidupan para selebriti, model dan bintang filem ini, fahamlah kita mengapa Nabi Yusuf AS berdoa:
KRONOLOGI 1629 Yusuf 12:33. Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: ‘Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya’.
JADUAL 1
BUKTI MATEMATIK KRONOLOGI 1618
Jika anda agak sangsi pada KAEDAH saya memilih KRONOLOGI 1618 dan mengaitkannya dengan NISBAH 1.618, itu tidak mengapa. Anda boleh saja memandang dua perkara ini secara berasingan atau terpisah. Sila baca pendedahan kajian dengan teliti dan cuba fahami yang tersirat. Kemudian fikirkanlah sendiri perkaitannya. Semoga Allah SWT memberi faham kepada kita semua.
JADUAL 2
Rujuk JADUAL 1. Saya sediakan Jadual semua Huruf dan Nilai Mufrad bagi KRONOLOGI 1618. Rujuk JADUAL 2. Saya campurkan semua Nilai Mufrad bagi KRONOLOGI 1618. Dapat Jawapan 711. Ada 42 Huruf kesemuanya. Posisi Implisit 711 dalam 42 Tapak ialah Posisi 39, dan ia adalah Posisi 4 dari Hujung. Posisi 39:4.
Rujuk JADUAL 3. Olehkerana ini adalah pemerhatian KRONOLOGI 1618 yang SERUPA dengan NISBAH 1.618 dalam konteks 1.618 x 1000, saya telah mengira Golden Ratio untuk Jawapan 711 itu. Caranya mudah, iaitu membahagikan 711 dengan 1.618. Jawapannya 439.431.. Maka saya dapatkan angka terhampir dalam konteks 3 digit (kerana 711 itu 3 digit saja), maka Jawapannya ialah 439. Bandingkan dengan 39:4.
Rujuk kembali JADUAL 1. Saya cari di POSISI manakah letaknya Jumlah Nilai Mufrad yang PALING HAMPIR dengan Jawapan 439. Ianya ialah POSISI 27. Dari Pangkal hingga Posisi 27 ini, Jumlah Nilai Mufrad BERULANG SETARA 444. Bukan itu saja, Nilai Mufrad Posisi 27 juga BERULANG SETARA 22. Saya paparkan Jawapan itu di JADUAL 3.
GOLDEN RATIO YANG SERUPA JENIS ANGKA
Anda pun tahu bahawa ISU ASAS ialah NISBAH 1.618, dan saya gunakan KRONOLOGI 1618 untuk memperhatikannya. Sila rujuk JADUAL 2. Perhatikan pada GOLDEN RATIO bagi 711. Ia adalah TEPAT 439. Mengapa saya katakan TEPAT? Sila perhatikan Posisi Implisit 711 dalam 42 Tapak, Jawapannya “39 atau 4″. Anda boleh catat juga sebagai “4 atau 39″ (dari Hujung). Rujuk JADUAL 1 untuk memperhatikan semula Posisi yang saya maksudkan. Lihat JADUAL 2. Saya hampirkan Jawapan-Jawapan tersebut agar kita boleh nampak dengan lebih jelas. Inilah MUKJIZAT Al-Qur’an, khususnya KRONOLOGI 1618. SubhanAllah.
JADUAL 3
Pada skeptik mungkin akan mempertikaikan juga KAEDAH yang saya gunakan di atas tadi untuk memperhatikan. Maka saya jelaskan: Pertama sekali, kita perlulah faham bahawa NISBAH 1.618 itu digelar ‘irrational number’. Ini kerana selepas angka 1. itu ada entah berapa banyak (mungkin tiada penghujungnya, kerana belum ada pakar matematik yang telah jumpa penghujungnya). Ia berterusan memaparkan angka-angka yang SENTIASA berbeza TERTIBnya (sequence) dan belum ada lagi pakar-pakar matematik yang telah menemui di manakah tertib itu mula BERULANG kembali.
Maka apa yang sedang kita lihat adalah ANGGARAN (estimate) yang diringkaskan (truncated), menjadi 1.618 saja. Dan, saya gunakan KAEDAH yang SERUPA iaitu mencari ANGGARAN yang TERHAMPIR. Saya harap penerangan saya ini munasabah (justified) dan difahami.
PERHATIKAN KEHEBATAN KRONOLOGI 1618
Kita sedang membicarakan mengenai “The Golden Ratio” iaitu NISBAH 1.618 yang dianggap ANGKA yang menakjubkan. Pakar-pakar dalam banyak bidang telah menemukan NISBAH 1.618 dalam fizik atau jisim makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT, dan mereka berpendapat bahawa apa yang diistilahkan sebagai CANTIK pada pandangan mata itu mempunyai NISBAH 1.618 padanya. Sebagai contoh, ruas jari-jemari kita yang panjang pendek itu tersusun atas NISBAH 1.618 atau YANG HAMPIR kepada angka itu. (Ada sarjana yang mempertikaikan mengenai KAEDAH mengukur ruas jari-jemari itu, maksudnya mahu ambil dari mana ke mana, sebab itu saya tulis “YANG HAMPIR kepada angka itu”).
Bila diperhatikan Jawapan-Jawapan yang kita perolehi hasil mengira KRONOLOGI 1618, kita nampak bahawa NISBAH 1.618 di dalamnya (maksudnya 711 bahagi 1.618) menghasilkan FENOMENA HEBAT. Bukan setakat 439 itu SERUPA-SERUPA dengan 4:39 malah Jawapan kepada Implisit NISBAH 1,618 pula BERULANG SETARA 444 dan 22. Pada hemat saya anda boleh nilaikan sendiri sama ada apa yang saya catat ini punya “substance” atau tidak.
JADUAL 4
SAYA BELUM HABIS LAGI
Sekarang perhatikan JADUAL 4. Anda pun sudah tahu bahawa KRONOLOGI 1618 dalam Al-Qur’an adalah Surah Yusuf 12:22. Betul atau tidak?
Rujuk JADUAL 1 kembali. Perhatikan HURUF yang berada di POSISI IMPLISIT 711 dalam 42 Tapak, iaitu Posisi 39. Apakah Nilai Mufradnya? Jawapannya TEPAT 12 iaitu Angka yang SERUPA dengan kedudukan SURAH Yusuf 12.
Masih di JADUAL 1. Perhatikan HURUF yang berada di POSISI IMPLISIT NISBAH 1.618 iaitu 439 dalam 42 Tapak. Ia adalah Posisi 27. Nilai Mufradnya TEPAT 22 iaitu Angka yang SERUPA dengan kedudukan AYAT Surah Yusuf 12:22.
Bagaimanakah ia boleh SERUPA? Sila rujuk dalil Surah Az-Zumar 39:23 dan renungkan. Renungkan juga maksud Ayat berikut:
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Qur’an? Kalaulah Al-Qur’an itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (Surah An-Nisa’ 4:82)
Masih tidak puas hati? Sekarang sila rujuk JADUAL 1 kembali. Sila campurkan Nilai Mufrad dari POSISI 12 hingga POSISI 22. Berapa Jawapannya? Jawapannya BERULANG 181. Saya paparkan Jawapan itu di JADUAL 4 agar kita nampak dengan JELAS bahawa ini bukanlah satu kebetulan.
JADUAL 5
BILAKAH MAHU HABIS?
Bukan semua orang yang berminat membaca Hasil Kajian seperti ini, apatah lagi bila yang mengkaji ini (sayalah itu) bukan pakar matematik, bukan juga pakar ilmu hadis, dan bukan ulama. Saya hanya orang biasa yang punya banyak kekurangan. Tapi saya ada semangat (kurniaanNya) yang kuat. Saya mahu dedahkan juga apa yang saya telah temui ini untuk pengetahuan saudara-saudara seagama dengan saya (dan juga yang beragama lain), agar kita semua TAHU dan YAKIN bahawa Al-Qur’an adalah dari sisi Allah SWT.
Maka jika musuh-musuh Islam menggunakan hujah apa pun untuk menafikan kerasulan Muhammad SAW dan menafikan kebenaran Al-Qur’an, ia tidak akan menggugat keimanan kita (insyaAllah) kerana kita telah HITUNG Al-Qur’an secara terperinci dan mendapati bahawa SETIAP AYAT dalam Al-Qur’an itu adalah MUKJIZAT. (Saya belum sempat hitung seluruh Al-Qur’an, tapi izinkan saya catat hakikat itu lebih awal, maafkan saya kerana “terlalu gopoh”).
Perhatikan JADUAL 5. Untuk faham, rujuk JADUAL 1. Cuba campurkan POSISI dari 1 hingga 42. Jawapannya 903. Campurkan pula NILAI MUFRAD dari Posisi 1 hingga 42. Jawapannya (sudah tahu) 711. Jawapannya 1614. Para skeptik ketawa kerana fikir saya buat lawak. Mereka bertanya: “Mengapa tidak 1618?“. Saya jawab: “Tidak puas hati? 1614 bila dikembalikan ke 1 digit, (1.614) itu HAMPIR dengan 1.618. Bezanya hanya 0.004“. Mereka kata: “Don’t blunder..”
Saya jawab: “OK. Berapa BEZA antara 1618 dan 1614? Bezanya 4. Rujuk JADUAL 1. POSISI 4 adalah juga POSISI 39. Maka BEZA 4 menunjukkan kepada FENOMENA 439 dan 4:39 kembali. Bukankah 4 itu ‘TRADEMARK’ kepada KRONOLOGI 1618?“.
Maka untuk puaskan SELERA mereka, saya paparkan pula PERINCIAN kepada apa yang saya telah “katakan”. Rujuk JADUAL 5. Saya ekstrak POSISI 39:4 berserta Hurufnya sekali. Saya campurkan POSISI dan NILAI MUFRAD (MUFPOS) yang ada iaitu 39+12+4 = BERULANG SETARA 55.
Kemudian saya ekstrak pula POSISI 4:39 (atau 39:4 dari Hujung). MUFPOS ialah 4+1+39 = BERULANG SETARA 44.
Akhir sekali, saya campurkan MUFPOS 39:4 dan 4:39 itu, Jawapannya 55+44 = BERULANG SETARA 99. Kadangkala saya fikir perlu juga saya terangkan satu persatu, agar JELAS kepada mereka, walaupun ini hanyalah satu perkiraan matematik yang mudah.
KESIMPULAN
Begitulah HEBATNYA MUKJIZAT Al-Qur’an dalam menerangkan “The Golden Ratio” atau NISBAH 1.618. Jika anda perhatikan, dalam pendedahan ini saya telah gunakan 1618 (1.618 x 1000) untuk merujuk KRONOLOGI secara langsung. Kemudian saya gunakan NISBAH 1.618 kembali untuk memperhatikan keistimewaan KRONOLOGI 1618. Sebab itulah saya sudah catat, bahawa jika pada awal perkiraan ini anda mahu lihat ia secara berasingan atau terpisah (maksudnya KRONOLOGI 1618 tidak berkait dengan NISBAH 1.618) pun tidak mengapa, kerana akhirnya anda akan nampak ianya berkait. Dari sudut mana pun kita memperhatikannya, Al-Qur’an TETAP menyerlahkan MUKJIZAT yang ada padanya. Subhanallah.
Ini juga BUKTI bahawa “The Golden Ratio” ada dalam Al-Qur’an. Ia BERITA GEMBIRA buat umat Islam. Ini BUKTI bahawa Allah SWT Yang Maha Penghitung telah mengitung segala sesuatu satu persatu. Dan ini BUKTI bahawa LAUTAN ANGKA dan FENOMENA ALAM (“The Golden Ratio”) akhirnya membuktikan KEBENARAN ISLAM dan KEBENARAN AL-QUR’AN, sebagaimana SEGALA disiplin ilmu yang lain juga.
Kita juga dapat lihat bahawa NISBAH 1.618 ada kaitan dengan kesempurnaan ciptaan Allah SWT. Dia Yang Maha Bijaksana telah meletakkan KRONOLOGI 1618 (yang punya rahsia NISBAH 1.618) ini TEPAT pada Kisah Nabi Yusuf AS “mencapai kesempurnaan (dari sudut fizikalnya dan juga kerohaniannya)”. Apa lagi yang hendak kita pertikaikan, kerana ini JELAS menunjukkan bahawa Allah SWT menyusun segala sesuatu dengan SEMPURNA.
Izinkan saya mencatat pendapat: Ayat KRONOLOGI 1.618 ini petunjuk bahawa Nabi Yusuf AS mempunyai atau mencapai tahap WAJAH dan FIZIK yang punya NISBAH 1.6180339887… yang TEPAT, dan lantaran itu dipandang AMAT CANTIK. Wallahua’lam. Pada sarjana yang mengkaji berbagai etnik bangsa (dari segi ketepatan NISBAH 1.618) mendapati bahawa ada sebanyak sedikit perbezaan (maksudnya tidak tepat 1.618, cuma hampir-hampir).
Allah SWT menjadikan manusia dalam bentuk dan WAJAH yang cantik. Manusia melalui proses pembesaran dan penuaan, dan cantik itu hanyalah tanggapan minda dari mata yang melihat. Dalam kehidupan di dunia yang sementara ini, lelaki (dianggap) mencapai kemuncak ketampanan dan kekuatan pada sekitar usia 30 tahun. Wanita pula (dianggap) setakat 25 tahun.
Dalam satu Hadis, Abu Said RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang mati dari kalangan orang-orang yang akan masuk syurga, baik muda atau tua, akan dikembalikan sebagai orang berusia 33 tahun, tidak lebih dari itu”.
Anas bin Malik RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kelak akan dibangkitkan ahli-ahli syurga sebagaimana bentuk Adam AS dalam usia Nabi Isa AS, 33 tahun. Licin mulus tidak berjanggut dan tidak bermisai. Matanya seperti bercelak. Mereka diberi pakaian yang tidak akan lapuk dan rosak”.
RENUNGAN
Untuk kesekian kalinya, marilah kita sama-sama merenungkan maksud Ayat-Ayat berikut, lantas sedar bahawa jika kita mahu MENGHITUNG nikmat Allah, nescaya kita tidak terdaya menghitungnya. Allah SWT telah MENYUSUN segala bentuk kejadian makhlukNya dengan sempurna:
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: ‘Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?’ Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: ‘Berapa lama kamu tinggal di sini?’ Dia menjawab: ‘Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari’. Allah berfirman: ‘Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya, lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah, dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang), Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia, dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging’. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: ‘Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’. (Al-Baqarah 2:259)
Aku bersumpah dengan hari kiamat, Dan Aku bersumpah dengan ‘Nafsul Lawwaamah’ (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (Al-Qiyamah 075:1-5)
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya, Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu. (At-Infithar 082:7-8)
Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis, engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah, (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (Al-Mulk 67:34)

SUBHANALLAH.

paste from  worldwideword.wordpress.com/2010/05/

Tuesday, 15 March 2011

Melangsungkan perkahwinan pada 2011, Kos semakin Tinggi? Pendapat ANDA????

Bila sebut bab kawin..nah..gerigau...ongkos ja dalam kepala!!!

Mau tak gerigau...
barang2 sekarang mahal bah..
so, bila barang2 harga sume mahal...
EHEM..EHEM.. pengantin kenalah faham2 sendiri...

JANGAN salahkan pihak mentua kalo minta hantaran tinggi2..hahah
Yela..aku fhm..dorang bukan mo jual anak..
tp...tula...RAJA SEHARI kan?
op koz mesti mau buat yg terhebat dan tercanggih..
walau pas kawin abis..pecah kepala mana mo carik duit buat bayar hutang...hahahahaa

Kadang2...ada pasangan yg mo bekawin ni, dorang da rancang hantaran...
tp bila part pi naik meminang tu..
tap tup pihak pompuan..(campurtangan kaum sepupu sepapat)...
nah dari d rancang 10 ribu jadi 20 ribu
muahahakakakakakakakakakakakaka...
bukan nak gelak..tp...
tu lah hakikat yg terjadi skg..

kerat jari la kalo mak belah pompuan mo buat simple2..hahhaa
kalo boleh..
majlis 30 hari 30 malam...
hahahhhhhhhhhhhhahahhahahahahaha

sekadar gambar hiasan....

Monday, 14 March 2011

Prihatin tentang kesihatan~

Jenis-jenis kegemukan

E-mail Print PDF
Jenis-jenis kegemukan

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Sunday, 13 March 2011

Puding Chokelatttt

bhn2..
1 liter air
1 sudu serbuk agar2
1 cawan gula
1 cawan koko
...1 tin susu cair

cara

didihkan air
masukkan serbuk agar2
masukkan gula..
masukkan koko..kacau jgn biar berketul
masukan susu cair
masukan dlm acuan
sejukan

da siaappp