Yezz...
Semalam...lewat malam yuuu...membikin aku kek pandan..sb aku suka makan kek pandan...kalo stiap kali makan mo men beli jak..rugila...bagus buat sndiri..tgk mcmna hasil air tgn sndiri..hehe
okla..xmo celoteh bnyk..
korang amik resepi ni and test sndiri...actually suma bole adjus..klo x suka manis, kurang kan gula..ehe..pandai2 la ek
ok geng...
atas tu antara bahan2 yng d gunakan
bahan utk sponge kek
*125 gm tepung gandum
* 1 camca teh baking powder (*disatukan dan diayak)
160 gm gula pasir
5 biji telur gred A
75 gm minyak jagung
15 gm ovallete
1 sudu teh pes pandan
2 sudu besar susu segar/cair
bahan untuk kastard
1050 g santan
225 g gula
10 g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam
cara2 membuatnya kek sponge-:
1. Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu.
perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. masukkan juga susu.gaul rata
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. selepas sebati tuang ke dalam acuan yang telah disapu mentega d dasarnya
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175c selama 30 minit. selepas masak...sejukkan seketika. bila kek dah sejuk, potong kepada 3 bahagian
perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. masukkan juga susu.gaul rata
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. selepas sebati tuang ke dalam acuan yang telah disapu mentega d dasarnya
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175c selama 30 minit. selepas masak...sejukkan seketika. bila kek dah sejuk, potong kepada 3 bahagian
Cara membuat kastard pandan
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
- UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
- Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
- Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
- Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...
- Ini yg betul2 sejuk (baru potong sat tadi....buat sarapan lagi)...




